Wednesday, June 24, 2009

Latihan untuk pekerja diberhentikan.

pihak JTK telah berkali-kali war-warkan mengenai latihan diatas. Saya juga telah mencuba untuk memohon di website tapi nampaknya masih belum berjaya. Tiba-tiba minggu lepas kawan saya beritahu beliau akan menjalani latihan & telah rekomen nama saya kepada satu pusat latihan yang dilantik oleh Kem Pembangunan Sumber Manusia untuk tujuan diatas. Pihak pusat latihan juga telah menghubungi saya dan menjemput saya hadir ke pusat mereka untuk penerangan dan menyertakan dokumen yang diperlukan.
Saya telah pergi ke sebuah pusat latihan di Tmn Universiti, JB dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Quite interesting, kursus yang ditawarkan ada 2, Office Application ( 1 bulan) & Executive Development ( 2 bulan).
Office Application adalah latihan menggunakan Microsoft Office sehingga ke tahap advance. Matlamatnya adalah diakhir kursus, pelatih mampu membuat satu presentation yang canggih menggunakan applikasi yang diajar. Pemohon kursus ini adalah terdiri daripada pekerja lepasan SPM.
Executive Development pula mempunyai modul-modul yang agak banyak. Sepintas lalu, saya lihat ada Business management, HR management, marketing, project paper etc. Saya dimaklumkan bahawa diakhir kursus ini, setiap peserta akan mempunyai business profile yang lengkap untuk permohonan pinjaman di bank.
Awalnya pihak JTK meletakkan syarat umur maksima peserta adalah 45 tahun tetapi telah dilonggarkan. Ini bermakna peserta yang berumur lebih 45 tahun juga boleh memohon. Pihak pusat latihan juga akan cuba mendapatkan pekerjaan untuk peserta. Berita baik, peserta layak mendapat elaun. Saya lupa nak tanya elaun bagi peserta bujang, tetapi peserta yang telah berkahwin layak mendapat RM600 sebulan. Peserta yang mempunyai anak juga layak mendapat RM50 sebulan bagi setiap anak, dengan limit maksima RM200. jadi jumlah maksima layak dapat adalah RM800 sebulan. Sekiranya ponteng kelas 1-2, elaun akan dipotong. Sekiranya ponteng 3 kali, elaun untuk bulan tersebut dimansuhkan.
Untuk mendapat kemudahan diatas dan kelulusan dari pihak JTK, dokumen yang diperlukan adalah.
1) gambar paspot 1 keping
2) salinan kad pengenalan.
3) salinan buku akaun simpanan Public Bank.
4) salinan sijil perkahwinan.
5) salinan sijil kelahiran semua anak.- kad pengenalan tidak perlu.
6) salinan surat pemberhentian kerja.
cuma saya terfikir kenapa permohonan saya di website tidak mendapat respon, sebaliknya pihak pusat latihan yang mencari peserta?
- Rosnah-

Thursday, May 28, 2009

Chatt box

Coming soon we will put up a chatt box, so that all of you can chatt with either 1 of us

Retrenchment

How am I to retrenchment but with out informing all the staffs that need to be retrench?? mind blogging kan..

1) pergi to JTK submit form
2) buat kira2 base on the highest earn salary of a month & then calculate the RT benefit + the notice period to be given to the staff by tabulating the right amount of notice period
3) hantar ke LHDN utk pengesahan ada tax terhutang tak??
4) beri lah duit tu pada staffs
5) pray that nothing else happen..

Just life of HR personnel .... FID...
p/s kalau tak betul2 boleh jd gila ooo

Monday, May 4, 2009

Swine flu = H1N1 = Influenza A

WHO dah keluarkan arahan supaya jangan guna perkataan SWINE FLU lagi, kena guna H1N1 atau Influenza A. Katanya tak mahu mengelirukan orang.

Thursday, April 30, 2009

Info Swine Flu - Tahap Amaran WHO

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi boleh menghubungi talian 03-8881 0200/0300 pada waktu pejabat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.my.


INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

Tahap 1 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Tahap 2 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
Tahap 3 – Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
Tahap 4 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
Tahap 5 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
Tahap 6 – Fasa pandemik yang menunjukkan wabak akan menular ke seluruh dunia.

Swine Flu@ Selsema Babi(khinzir)

As of today WHO have put the alert under rank 5. Here is what my current Co is practicing :
1) Alert all employees that they have to wash their hand, esp b4 leaving the toilet & to be in good hygiene at all time
2) Soap in the toilet have to be replenish at all time
3) Liquid disinfectant available & must be use by employees once they leave the toilet area.
4) Spray of disinfected at main area & esp at all main&toilet door knob
5) Make face mask available & those who are sick but not issue with MC to wear it at all time
Lets hope epidemic will end as soon as possible & no one will be effected by it in Malaysia

Langkah pencegahan selsema babi

Lagi berita di petik dari Berita Harian Online
4 langkah cegah risiko jangkitan selesema babi
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norliza Wasilanbhnews@bharian.com.my

Rakyat Malaysia bakal ke luar negara disaran patuhi panduan KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggariskan empat langkah pencegahan sebagai panduan untuk diambil rakyat Malaysia yang bakal ke luar negara, balik dari luar negara atau sedang berada di luar negara, bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak selesema babi yang sudah menular daripada manusia ke manusia. Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kementerian menasihati mereka mengambil langkah pencegahan itu susulan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4. Empat langkah pencegahan itu ialah:

* Merancang dan mengambil langkah pencegahan kendiri dalam mengelakkan hubungan dengan mereka yang diketahui atau disyaki pembawa virus selesema babi atau kawasan, mahu pun negara dilanda wabak itu, ketika di luar negara.

* Memberi perhatian serius serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang mereka sedang berada, dan melaporkan kes atau kes yang disyaki dalam usaha untuk memantau keadaan dan juga memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

* Rakyat Malaysia juga dinasihati mengambil inisiatif membentuk kesedaran diri mengenai wabak selesema babi.

* Sentiasa mengikuti perkembanga
n terkini mengenai wabak selesema babi.
Menurut kenyataan itu lagi, semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sudah diarahkan untuk menasihati rakyat Malaysia di sana supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lokasi masing-masing. Selain itu, kementerian sudah mengarahkan semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara untuk melakukan pemantauan berterusan serta mengemas kini Wisma Putra dengan maklumat mutakhir mengenai perkara berkenaan. "Seramai 60 rakyat Malaysia berdaftar tinggal di Mexico, negara yang dikesan tercetusnya selesema babi dan lima lagi di negara Amerika Tengah, kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada wabak berkenaan," katanya.
Katanya, kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau serta mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia. "Sehingga 28 April (kelmarin), tiada kes selesema babi dilaporkan di Malaysia dan tiada laporan rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu. "Kementerian akan terus mengeluarkan kenyataan media dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak itu. Orang ramai dinasihati melaporkan kepada Bahagian Konsular, Kementerian Luar, di talian 03-8887 4000 sekiranya mereka mengetahui atau dimaklumkan sebarang kes (membabitkan rakyat Malaysia) oleh kawan, saudara mara atau rakan sekerja yang berada di luar negara," katanya.

SWINE FLU (SELSEMA BABI)

Update dari Berita Harian Online hari ini, WHO telah meningkatkan amaran ke tahap lima, iaitu mengancam nyawa & merebak.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090430053347/Article/index_html

WHO tingkatkan tahap amaran selesema babi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan amaran wabak selesema babi ke tahap lima iaitu sebagai virus yang mengancam nyawa dan merebak selepas mangsa pertama di luar Mexico maut semalam, membabitkan warga Amerika di Texas. "Pandemik influenza ini perlu dianggap sebagai serius kerana kapasiti ia merebak kini amat pantas hampir ke setiap negara di dunia," kata Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan dalam satu persidangan media di sini hari ini. "Persoalan utama di sini ialah berapa besar kesan pandemik selesema babi ini, terutama ketika di peringkat permulaan sekarang," katanya sambil menambah dunia mesti bersiap sedia bagi menghadapi serangan pandemik ini.
Selepas seminggu serangan virus H1N1 atau selesema burung dengan California dan Texas didapati kawasan pertama dikesan di luar tempat serangan asal virus di Mexico, dengan Sepanyol pula negara Eropah pertama dikesan, kini bahaya virus ini sudah merebak menerusi manusia ke manusia. Ini kerana mangsa yang disahkan dijangkiti selesema babi bukannya lagi pernah melawat Mexico dalam masa terdekat ini. Chan berkata, mulai hari ini, WHO meningkatkan tahap amarannya kepada lima, amaran kali kedua selepas Selasa lalu yang ditingkatkan kepada empat.
Tahap amaran baru itu adalah sebagai petunjuk kepada kerajaan dan perniagaan untuk mengambil langkah susulan dengan syarikat farmaseutikal perlu mengeluarkan dan meningkatkan antiviral. Sehingga kini, jumlah mangsa yang maut akibat selesema babi meningkat kepada 159 dengan lebih 1,300 lagi disahkan sebagai penghidap. - Reuters

Wednesday, April 29, 2009

During Interview

Please remember should you have the opportunity to be interview please remember these items:
1) Do not be late, be at the place at lease 10min earlier
2) Bring Original Certs
3) Copy of the original Certs
4) Copy of Resume
5) Dress appropriately (jgn lah dgn T'shirt or baju yg terselondeh2) if possible wear a tie
6) Wear shoes
7) Think carefully & if possible listen to the questions first before you answer to it, in other word (JGN GOPOH nak jawab soalan oo)
Ah! lagi 1 kalau dah awak tu lelaki jadi lah fitrah lelaki jgn lah show off anting2 sampai berderet sekeliling cuping telinga & pkai nail polish warna hitam. Bagi yg perempuan plk serlahkan lah fitrah anda sebagai wanita..
--Fid--

Tuesday, April 28, 2009

SELSEMA DATANG LAGI...

Salam
Sepanjang pengalaman saya bekerja di HR, banyak kes-kes wabak penyakit timbul, tetapi yang paling memberi impak setakat ini adalah JE (Japanese encephalitis), kalau tak silap dalam akhir 90'an. Kemudian, pada tahun 2003 sekali lagi kita dikejutkan dengan SARS. Kali ini dunia sibuk dengan Swine flu atau Selsema Babi.
Dengan kecangihan teknologi, ada internet, di JB boleh tonton Channel News Asia dsb, boss-boss kita lebih peka dengan kesan daripada wabak ini. Maka HR practiotiner terpaksa berhadapan dengan asakan-asakan mengenai POLISI SYARIKAT dalam menangani kes-kes sebegini.
Antara soalan-soalan yang bakal ditanya:
1) Adakah pekerja yang diserang demam selsema boleh dibenarkan masuk ke tempat kerja atau tidak?
2) Mana polisi bertulis
3) Travel advise.
4) Mana memo pasal simptom penyakit.
4) Kalau kena selsema boleh kerja dari rumah atau tidak.
dan macam-macam lagi yang tak terfikir oleh kita.
Dalam menghadapi situasi sebegini, kita tak perlu panik. FMM dan MEF sebagai Persekutuan Majikan akan bekerja untuk kita. Makluman dari FMM & MEF boleh digunakan sebagai garispanduan untuk kita draf polisi syarikat.
Cuma boss-boss kita mungkin mahu mengambil langkah yang lebih kehadapan, sewaktu kes SARS banyak majikan mengambil langkah sebegini:
1) Pengambilan suhu badan di pintu masuk syarikat, untuk mempercepatkan proses, ada syarikat yang membeli dan "menghadiahkan" thermometer jenis plastic yang diletakkan di dahi. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, jenis thermometer elektronik yang dibaca suhu melalui telinga.(jenis ini harganya mahal).
2) Mengurangkan kemasukan bukan pekerja kedalam bangunan pejabat. Ada syarikat yang menggunakan pondok pengawal sebagai tempat mesyuarat dengan orang luar buat sementara waktu.
3) Declaration form di pondok pengawal - pelawat perlu mengisi borang declaration.
4) Menjemput doktor panel bagi memberi ceramah & kesedaran mengenai wabak penyakit kepada pekerja.
banyak lagi langkah-langkah yang boleh diambil. Cuma perlu diingatkan, pesakit adalah manusia biasa. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesan wabak sehingga membuatkan pekerja syarikat yang terkena selsema seperti pesakit kusta!
- Rosnah -

Thursday, April 2, 2009

Pay Cut

By right 'PAY CUT" is NOT allowed by any LAW tp memandangkan keadaan GAWAT & takut kalu dah gawat makin tambah gawat & pekerja kena berhenti kerja jd its allowed lah..
Smlm ptg kita baru announce kita akn buat paycut for our May salary sbb ianya tergempar & di buat plk pada jam 5.30pm jd tak delah songel nya .
Tp pagi ni mcm2 plk yg di tanya pastu kan bukan nya dari golongan org yg berpendapatan 1500 ke bawah tp yg ke atas.. eee manusia2 yg berjenama MANAGER ni kan nak kata pandai
-> NGOK, nak kata ngok-> SEWEL. ee tak paham ke,, memo mcm ni....
cut is as follows:
1) Director, Japanese Exp =10%
2) A.Mgr -> SnrMgr = 5%
3) Basic pay 1501 & above = 3%
4) Basic pay 1500 & below = 2%
SUSAH NOR nak faham ke???

Wednesday, March 25, 2009

Bila kena buang kerja, urusan di LHDN

Salam semua

Dalam urusan buang atau kurangkan pekerja melalui retrenchment/MSS/VSS etc, satu perkara yang penting tapi selalu kita terlupa adalah menghantar borang CP22A kepada pihak LHDN.

Buat masa sekarang, tentunya ramai yang belum membuat e-filing untuk tahun 2008, ye lah tarikh tutup lambat lagi. Setakat semalam, kita kena siapkan e-filing tahun 2008 dan print pengesahan e-filing, lampirkan dengan Borang CP22A baru boleh proses.

kalau biasa2 tak kena potong PCB, rasanya ramai yang tak declare. Ada employee saya tu kena declare dari tahun 1995 sampai sekarang. Adoi.. mana nak cari EA zaman tok kaduk tu. Siapkan jelah EA bagi yang tak pernah declare tu ye. orang kat kaunter tu memang friendly, dia bagi borang BE untuk tahun yang kita belum declare.

Borang BE tahun2 lepas dah sedia je kat atas meja belakang kaunter, agaknya tentu ramai yang submit CP22A. Kena buang kerja ke? Masa saya pergi kesana semalam, waktu menunggu boleh tahan lama.!

-Rosnah-

Wednesday, March 18, 2009

Ilmu hitam????

Zaman buang orang kerja ni, semua orang dah tak rasional. Yang kena buang kerja, dah tentu kepala berserabut fikirkan macamana nak cari duit cover expenses. Yang pilih orang nak dibuang pulak tidur tak aman memikirkan repercussion./akibat. Paling kelakar bila orang syak dikenakan ilmu hitam. Bukan menafikan tapi kenapa takut tak pasal2. Ada ketidak-telusan semasa buat keputusan?

Dalam keadaan sekarang, kena ingatkan kawan2 kita.
1) Para cleaner - pastikan bilik boss spic & span. Takut nanti kalau tercicir batu di mop dikatakan kemenyan/setanggi, lap air tak kering di lantai dikatakan renjis air jampi. Paling selamat masuk bilik boss masa boss ada saja.
2) Staff yang lain - balik ikut waktu, jangan stay lambat, nanti di syak pulak macam2. Tukang ampu boss, tukang fitnah memang ramai.
3) Semua staf - jangan offer makan/minum pada boss, ditakuti kena jampi.

budaya sangka buruk ni bukan saja terhad kepada satu2 bangsa, universal, bila dah dalam keadaan tertekan, orang putih pun percaya benda2 khurafat ni...

-Rosnah-

Thursday, March 5, 2009

siapa nak bela professional yang kena retrench?

Dalam ekonomi slowdown ni banyak usaha kerajaan bagi memastikan rakyat malaysia terus boleh bekerja. Tapi bila saya kaji usaha kerajaan banyak tertumpu pada pekerja berpendapatan rendah, dengan kata lain yang tertakluk dibawah Akta Kerja 1955. Sibuk nak cerita pasal tabung retrenchment lah, retraining lah.. bla bla bla...

Tapi kalau profiessional kena buang macamana? Rasa macam ada ketidak-adilan. Masa dapat gaji banyak beriya-iya kerajaan ambil balik duit kita , ada yang cuma boleh pakai 3 suku saja dari gaji, lagi suku sedekah kat kerajaan (cukai pendapatan le tu). Tapi bila mereka dah kena retrench kena survive sendiri.

Kerajaan kena buat sesuatu. Kalau biarkan orang-orang ni menganggur lama-lama, kerajaan rugi! Bukan pungutan income tax saja yang kurang, ekonomi pun tak boleh dijana. Tak ada duit nak beli pakai apa?

Monday, March 2, 2009

Cerita Hari ni

Hari ni tension yang amat. Jumaat lepas baru keluar memo mengenai skim MSS. Saya jadi tempat orang mengendeng info dan juga melepaskan geram..... Sebelah pagi je saya tunggu di office, petang lari keluar office. Makcik tak sanggup....

Nak dapatkan parking di Wisma Persekutuan bukanlah senang, 2 x pusing. Saya ni memang lemah bab parking kereta, nak cari yang atas tanah je, yang dalam bangunan seboleh-bolehnya nak dielak, pernah terjadi, nak keluar tak boleh sebab tak confident. parking space dalam bangunan kecik sangat.

Keluar dari JTK tepat pukul 5 ptg. Hujan lah pulak. Malas nak fikir balik kulai ikut tepi laut je lah.. Hmm... sampai kulai pukul 6.30ptg. Solid 1.5 hrs driving. Selain dari faktor hujan, peak hrs jalan memang sesak.

Dalam kesesakan jalanraya saya dapat lihat pemandangan yang cantik .. nak tengok foto sila ke FB page saya....

Perkembangan selanjutnya tentang MSS, tunggu... dah selesai baru boleh publish.

-Rosnah-

Domestic Inquiry (DI)

2day is the final of DI & keputusannya, Panel members DI cukup lah kasihan&amat lah perihatin terhadap pekerja yg tak bertanggung jwb mengengineerkan MC dia. Dia hanya di beri:
1) Warning
2) MC yg di engineer kan di anggap ABSENT
3) Tidak boleh mengambil MC dr clinic selain dr panel clinic walaupun pelbagai alasan di beri
4) Tidak boleh mengambil Emergency leave
5) Setiap kali tak datang kerja, akan di anggap ABSENT..

Walaupun Director tidak berapa puas hati terhadap keputusan DI ini, tetapi kita terpaksa terima.. pada saya Panel members telah menjalan kan tugas yg baik kerana kalu dia di berhenti kan kerja kelak akn terjadi byak lagi perkara2 yg tidak di ingini.. betul tak Ros??.. Fid

Wednesday, February 25, 2009

Dasar DOUBLE STANDARD

Pagi tadi masuk ofis je nampak orang kumpul ramai-ramai kat pantry. Ingatkan ada orang bawa sarapan sedap, rupanya tengah kecoh tengok sinki kotor. Ada le manusia yang membuang nestum kat dalam sinki tapi tapis kat sinki tu lupa nak dialihkan, jadi berkumpul le nestum kat tapis tu.

Yang paling saya tak faham , siap ada notis "please do not clean the sink". Punyalah nak cari siapa punya angkara.. dah tu sibuk-sibuk suruh HR check kat CCTV. Malas saya nak layan manusia yang childish macam ni walau pun dah lebih umur pencen. Saya tadah air panas 2 cawan, tuang je kat dalam singki. Mencilau mata kawan tu tengok saya. "You don't believe me ah, I tell you, it will stuck you know" . Apa-apalah!

Bila dah kecoh2 adalah manusia yang mengaku. Ha.. anak buah dia sendiri. Senyap kejap kawan tu. Tak ada pun suruh keluar warning letter ke apa, dasar DOUBLE STANDARD.

-Rosnah-

Engineer

2hari lepas, saya dpt MC dr salah 1org budak saya yg telah tak dtg kerja 1migu katanya disebabkan keguguran. Tetapi MC tu mmg lah mengelirukan saya MC bertarikh 19Feb tp MC nya dari 16Feb???? setahu saya Doc tak akan/pernah memberi MC yg back date (menlanggar profesion mereka) jd nak tak nak dah lah kerja yg berlambak kerana nak buat proposal cost down kena lah saya turun ke clinic yg bukan clinic panel & bertanya dgn Doc tu sendiri..

Doc tu pun terperajat kenapa lah MC dia telah di engineer kan begitu sekali ..

Yg saya hairan, budak ni dah lah bekerja dlm Dept HR tp lain Sect dia di tugaskan ke Sect Gov. (buat report kastam & lain2 yg seumpamanya) kenapa dia berani buat:
1) engineer kan MC dia
2) tipu kata keguguran
3) sampai skr ni buat2 sakit dtg kerja pun berstokin&sweater

Cuba lah saudari & saudara pikir apa nak buat dgn budak mcm ni.. oleh kerana ni kes MENIPU jd DI terpaksa lah di buat.. dah lah kerja saya banyak ni tambah lagi beban (kalu silap teknik ada saya plk yg kena soal dgn MD & Dir)

Rasanya lah boleh tak ada engineer yg ciptakan topi yg bila kita interview org kita boleh tgk org ni perangai dia mcm ne?? bagus tak kerja nya??

---Fid--

Bila boss KELABU ASAP

HR ni kerjanya menyibuk dan menyimpan rahsia. Tapi somehow cerita yang supposed to be top secret boleh jadi public secret. Macamana tu? Boss tuding jari kat kita, only you and me know. Kalau bukan boss yang leak the info, kita la ye?

Tapi dah namanya boss, dia bukan buat kerja sendiri, delegate kat secretary. Secretary pulak berdebar2 dada simpan rahsia kerajaan, bisik kat kawan baik. semuanya dengan ayat.. aku cakap dengan kau aje, jangan beritahu orang lain. Yang bestnya kalau orang terdekat dengan secretary buat public announcement kat orang lain pasal top secret tu, bukan kat dalam company je, satu dunia boleh tau.

Dulu Ketua Pengarah Buruh tahun '90an pernah kata, HR stands for humane and resourceful. Saya setuju dengan pendapat beliau. Disebabkan oleh faktor resourceful lah akhirnya kita tahu angkara siapa... itu BOSS KELABU ASAP punya angkara!!!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

Income Tax

Semalam ramai lah HR2 yg pro & tak pro yg saya lihat di Taklimat LHDN di bangunan LHDN tingkat 14. Taklimat di beri kerana ada pertukaran dlm sys PCB (Potongan Cukai berjadual) & pengecualian bercukai ke atas beberapa allowance & sebagainya.. nanti lah ada kesempatan di upload kan senarai & had maxima 1tahun pengecualian nya..

Di sini nak lah saya ingatkan.. kepada semua warga pekerja "JANGAN LAH TAK BAYAR CUKAI" anda setiap tahun . Kerana mengikut salah seorg pegawai LHDN bila terakhir anda bekerja & di dapati anda tidak membayar CUKAI .. pihak LHDN tetap akan mencari anda & majikan wajib utk meng HOLD gaji terakhir anda bg pihak LHDN
Ada jgk cerita dimana pekerja ni di Retrench & duit pampasann beliau tidak mengcukupi untuk membayar tanggungan cukai beliau.,, huk2 parah yg ni..

Eh! tp Ros.. BEST NYA JD PENGIRA GAJI ORG KERAJAAN.. knp lah dulu2 bp saya suruh kerja kerjaan saya tak nak ... MENEYSAL PULOK ni.. kalu tak Ros rasanya kita berdua dah jd PENGARAH mana2 badan ni .. ha3 (JGN MARAH)

Hello Friends

Himawari- Thanks for all ur comments & glad that you like our blog.
This blog is created coz Pn Rosnah & myself want all the whole wide world out there, to know that the actual HR job is not easy & only person specialize in the HR are to work in HR, unlike now where u can see lots of others from diffrent profession are taking care of HR Dept. & they don'e even know how to read the EA (EMPLOYEMENT ACT) or IA (INDUSTRIAL ACT) nak cari section dlm buku act pun tak tahu nak cari no nya mcm mana nak di panggil HR Manager or Hrdrian??
Sometimes I wonder "Boss ni tak tau ke ada Dip or Deg dlm HR(Human Resources) jgn lah main hentam keromo aje suruh org yg tak tau langsung ttg HR, kerja dlm HR .. bila dah kena Compound baru nak cari org tolong.... eeee entah apa boss kita nak panggil ni Ros.. KELABU ASAP ke???...........ha3

Thursday, February 5, 2009

Commitment Kerja

Hem! Isnin lepas patutnya budak yg accident dr 8Sept'08 dah naik kerja, tp dia tak juga muncul. Kat pukul 2pm dia tele & conversation nya berbunyi mcm ni " Fid, saya dapat MC lagi sampai 22Feb'09 & lepas tu doc suruh dtg lagi check, mcm mana ek? " saya tanya akak sebenarnya dah sihat ke belum dah boleh jalan ke belum? dia kata " luka dah tak de, tp luka kat dalam tak de sapa yg bolh nampak & tau" eee geram nya dia ni,, mentang2 lah berbayar gaji, dia duduk rumah aje mana tak sedap nya, sebernarnya supervisor dia dah dtg melawat dia dgn saya & dia telah di beritahu bahawa pada Jan'09 dia akan di beri kerja ringan (lite duty) duduk atas kerusi aje.. sebenarnya kerja dia pun mmg duduk aje, dia "Checker" kat line jd 8jam duduk aje..tak de lah nak jln2 .. akhir nya saya cakap dgn di "Akak, kilang ni SM (Shingo Murakami) yg punya, jd akak pikir kalu akak yg punya, akak nak tak ada org yg MC /HOSPITALIZATION dari 8Sept'08 sampai sekarang ni tak naik2 kerja tp nama masih ada dlm employment??"& saya & supervisor akak dah ckap akak akan di beri lite duty tp akak masih tak naik kerja & yg menghairan kan dia bolh plk tu tiap2 hari jln2 ke kilang utk jumpa rakan2 sekerja dia & bolh plk naik motor utk ambil door gift annual dinner.. hem.
Last sekali dia tele saya balik ptg tu & kata dia akn naik kerja pada 16Feb ... eeee manusia ni.. apa pendapat kengkawan2

Friday, January 30, 2009

TKW boleh tukar jadi maid?

Pekerja asing wanita boleh tukar jadi maid? tadi terbaca di Berita Harian online. Kalau kat Indonesia, mereka ni dipanggil TKW (Tenaga Kerja Wanita). kreatif juga orang Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Masa saya pergi Indon tahun lepas, ejen kami singgah di satu penampungan (Macam hostel cum pusat latihan pembantu rumah lah) di pinggir jakarta. ejen sana letak harga 1 orang RM4500. itu cuma siap dengan medical & passport je. Tiket kapalterbang dan kos-kos lain, ejen malaysia kena tanggung. Saya tanya ejen, berapa nak charge kat majikan? lepas dia congak punya congak, dia kata RM7500. Amboi!!!!!! Tapi harga tu tak berapa kisahlah.. yang paling sakit hati bila teringatkan attitude ejen kat sana, seolah-olah macam, kalau kau tak nak ramai lagi orang lain nak. Kalau cadangan ni dipersetujui kerajaan turun sikitlah graf kesombongan ejen-ejen di Indonesia sana kot.

Saya pernah tanya pada orang yang datang sebagai maid, rupa-rupanya kalau nak datang jadi maid, tak payah bayar apa-apa kat ejen, nak bertolak siap dapat elaun lagi. tapi kalau nak kerja kat kilang , kena bayar 7-10 juta rupiah. Kalau ikut konsep nilai penggunaan duit, 10 juta tu lebihkurang sama dengan RM10 ribu. Bersusah payah orang cari duit nak mengejarkan limpahan rezeki di Malaysia. Ada yang gadai tanah, ada yang berhutang. Kalau kerja tak sampai setahun dah kena balik, sempat ke mereka dapatkan balik modal. kalau dah sampai ketahap kena retrench tu, OT mestilah hampir zero ye tak? Jangan kata balik modal, rugi besar!

Kalau kita congak, orang yang datang kerja sebagai maid tu secara financial mungkin lebih untung. Makan dan tempat tinggal dah confirm free. Kebanyakan majikan pulak bila tengok maid tu rajin semacam je bila tempoh sambung visa sampai, mula lah cair, kos fomema, imigresen semua majikan tanggung. Bab kebebasan tu memanglah kurang... tapi orang kerja kilang pun bukannya jalan sangat. raya puasa, raya cina, deepavali, krismas, ikut majikanlah.. asal majikan satu family dapat baju baru, maid mesti dapat baju baru jugak.

Tapi kalau anda jadi majikan, sanggup tak nak ambil orang yang pernah kerja kilang, kerja kat rumah sendiri. Orang tu dah pandai naik bas tau. silap-silap hujung minggu dah biasa lepak kat KLCC.


- Rosnah-

Thursday, January 29, 2009

Antara kerja dan komitmen

Jumaat lepas saya dapat panggilan dari seorang pekerja, "Kak, terima kasih gaji saya tak kena potong". Dalam hati budak ni sindir aku ke? tapi bila tak ada angin tak ada ribut orang cakap macam tu curious juga, bila saya tanya " kenapa kau ucap terimakasih?". Jawapan dia sungguh mengharukan.
SAYA TERIMA KASIH SEBAB WALAU PUN TAK NAIK GAJI TAHUN NI TAPI GAJI SAYA MASIH MACAM TAHUN LEPAS. ISTERI SAYA DAH BERAPA BULAN GAJI KURANG 200 SEBAB KILANG SHUTDOWN!
Kita ni semua ada komitmen masing-masing, rumah, kereta, babysitter, yuran sekolah etc. Macam-macam nak kena bayar. Tiap-tiap bulan, lepas tolak kanan tolak kiri, mungkin ada baki sikit untuk kita simpan dan "joli katak" - ala tak joli mana pun belanja budak2 makan KFC je. Habis kalau kilang dah LAY OFF, SHUTDOWN, sementara masih ada Cuti Tahun ok lagi. Bila cuti tahun habis? BOLEHKAH KITA SETTLE SEMUA KOMITMEN DENGAN GAJI SETENGAH BULAN YANG KITA DAPAT?
Dalam situasi ini saya percaya sekiranya diberi pilihan, ramai yang akan memilih diberhentikan dan diberi pampasan. Wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk settle sebahagian besar komitmen, mungkin hutang besar contohnya kereta. Bila hutang kereta tak perlu dibayar, kita boleh adjust bajet keluarga, teruskan hidup walau pun dengan gaji yang kurang dari sebelumnya.
Sementara itu, kita cuma perlu berdoa minta Allah lapangkan dada dan fikiran, semoga kita ditunjukkan jalan rezeki dibumi Allah yang luas ini. Amin...
- Rosnah -

Thursday, January 22, 2009

Tombol pintu rosak pun kerja HR

Pagi tadi saya pergi membeli barangan untuk kantin di Saleng. Tiba-tiba dapat panggilan, ada orang terkunci dalam bilik di hostel. Kami bergegas ke hostel, sah.. 3 orang penghuni hostel terkunci dalam bilik. Nasib baik dalam bilik mereka ada toilet, kalau tidak... tak tahulah macamana nak buat.

Asst saya kata suruh budak maintenance datang buka pintu bilik. Hm.. susah jugak nak cerita.. semalam baru dapat payslip, masing-masing tengah angin tak ada increment. Dulu pernah ada kes macam ni, cuma dalam bilik tak ada orang je, ikut time diaorang, nak target lepas waktu kerja, nanti boleh claim OT. Tak boleh jadi ni.. kami cari kedai kunci yang terdekat, nasib baik orang tu sanggup datang.

Alamak duit dalam purse tinggal 20 je. Singgah kat petronas, meragam pulak ATM tu. Balik ke asrama tanya budak-budak tu siapa ada duit dulukan. , masing-masing belum keluarkan duit. (p/s: bulan ni gaji cepat sikit, bagi peluang orang cina shopping raya). Nasib baiklah siang-siang dah beritahu nama company, kebetulan driver kami selalu hantar duplicate kunci kat situ, kira boleh lebihkurang lah... orang kedai tu buat alasan resit terlupa bawa, dia suruh gi bayar kat kedai. Pergi ke shopping complex terdekat, keluarkan duit.. lapar sangat, makan dululah.. pergi balik ke kedai, bayar duit ganti tombol pintu then balik ke kilang.

Agaknya kerja macam ni HR kilang je yang buat kot. Bayangkan kejar sana sini kat luar tu bukan boleh claim duit makan kat luar. Kalau kat kilang RM3.50 cukup untuk lunch, siap air sekali, tapi kat luar..

Hari ni sakit telinga mendengar rungutan, sindiran dan desakan orang-orang yang tak puashati sebab gaji tak naik. Sabar kan ajelah.. Kat luar sana tu berapa ramai orang kena buang kerja, mereka pula boleh tak boleh sabar dengan dugaan kecil ni. Patutnya mereka bersyukur kerana masih ada gaji setiap bulan, tak kurang pun, cuma sama macam tahun lepas......

- Rosnah -

Tuesday, January 20, 2009

MSS, VSS or retrenchment?

Hello
Menteri dah kata banyak ramai orang akan terlibat dalam shutdown or lay-off sempena cuti Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin disebabkan oleh "sales down" atau tak ada sales langsung! No sales, production stop.

Lepas dah lay-off? kalau company tak boleh survive juga, maka tibalah masa untuk kurangkan pekerja. Istilah Retrenchment atau VSS mungkin biasa dengar? MSS belum begitu popular, tapi dalam senario ekonomi sekarang... bakal meraih populariti. Sebabnya seperti dibawah.

Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955. Yang penting kena ikut LIFO - Last in first out. Tapi memandangkan pihak kerajaan Malaysia mahu menjaga kepentingan rakyat Malaysia, FWFO kena jalankan dulu - Foreign Workers First Out. Kekurangannya orang muda/baru yang masih produktif dan celik teknologi terkini terpaksa dikeluarkan. Jadi majikan jadikan ia sebagai langkah terakhir.

VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak. Biasanya package untuk pampasan lebih sikit dari normal retrenchment. Yang ni pun ada kekurangannya, majikan target orang tua-tua yang "rabun" teknologi terkini. tapi biasanya orang muda yang terima tawaran. Mungkin peluang mereka lebih cerah untuk dapatkan pekerjaan baru. Para veteran masih tetap setia bersama syarikat.

MSS - Mutual Separation Scheme.
Orang-orang bertuah yang mendapat "lucky draw" akan ditawarkan dengan pakej pampasan. Biasanya lebih sikit dari VSS. Saya pernah tanya Pegawai JTK berapa pampasan yang boleh dibincangkan kalau berlaku MSS, jawapannya depends on your negotiation power. Kes macam ni selalunya digunakan untuk upper level personnel, manager ke, executive ke, sebab orang-orang ni gaji paling besar. Kalau dapat kurangkan orang yang bergaji besar, katalah sebulan company jimat 50 ribu, setahun bersamaan dengan 600 ribu, impak kosnya agak besar.

Kalau majikan dah offer MSS tu baik le ambil. Kalau tunggu lagi, pakej VSS dah kurang sikit pampasannya, tak jalan jugak Retrenchment - yang ni lagi sedih,kalau kerja lebih 5 tahun pun cuma dapat 20 hari bagi setiap tahun bekerja. Tapi kalau dah retrench pun tak ok jugak, mungkin sudah rezeki anda .... pekerjaan berkubur bersama syarikat....

-Rosnah-

Employees

Kkd kita rasa kita betul2 cukup tertekan dari yg atas & yg di bawah jgk..ee

Kat office saya ni dari 1minggu lepas posa tahun lepas ada 1pekerja accident & tendon kaki nya bermasalah, selepas berada di hospital specialist selama 3hari dia telah di discharge, tapi malangnya sampai sekarang masih tidak naik kerja jugak.. saya telah melawat dia berkali2 bersama dgn supervisor nya & kita telah pun berjanji akan memberi dia lite duty tp sampai skr batang hidung pun tak nampak, gaji tetap berjalan ni.. yg hairannya datang ambil beg annual dinner boleh pulak dia datang ke office

Selepas hal accident ni ada plk hal pekerja yg ter siram dgn minyak panas & tersambar dgn api yg hairan nya pada hari ke 10 di hospital dia meraung2 depan doc yg nak buat kan skin grafting operation ke atas nya.. (bayangkan lah kakak yg dah berumur 48tahun menagis, gitulah dia) dia berjanji selapas pulang ke KGnya di pantai timur M'sai dia akan dapatkan rawatan susulan di Hosp Kuban Kerian, tp malangnya sampai skr dia tidak muncul .. ni pun 1 gaji tetap berjalan

Yang lagi 1 ni lagi menghairan kan.. dia pengsan di kilang rupa2 nya dia sekeluarga mengidap darah tinggi & kencing manis yg amat teruk & keluarga nya tanya dgn saya sapa nak jaga dia di hospital kalu dia asyik di tahan di hospital??

Medical Leave yg layak kita terima dalam 1tahun:
14hari utk yg bekerja <2tahhun
18hari utk yg bekerja 2tahun <5tahun
22hari utk yg berkerja 5tahun

Budak2 bertiga ni ada setakad hingga mid Feb'09 baru Medical Leave nya di abiskan, jd rumusan saya, kalu tak naik juga hingga 1Jul'2009, perkhidmatan mereka akan di tamatkan.Berita ni akan di sampai kan kepada mereka bertiga pada mid Feb'2009.

Nasihat saya lah, bila kita bekerja ni hendaklah dgn sepenuh hati, jiwa & raga, kalu setakad ingat Co akan perhatin pada kita , jangan harap lah..
Fid--

Friday, January 16, 2009

Hello

Hello,

This blog is brought up to help out most on HR questions