Friday, January 30, 2009

TKW boleh tukar jadi maid?

Pekerja asing wanita boleh tukar jadi maid? tadi terbaca di Berita Harian online. Kalau kat Indonesia, mereka ni dipanggil TKW (Tenaga Kerja Wanita). kreatif juga orang Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Masa saya pergi Indon tahun lepas, ejen kami singgah di satu penampungan (Macam hostel cum pusat latihan pembantu rumah lah) di pinggir jakarta. ejen sana letak harga 1 orang RM4500. itu cuma siap dengan medical & passport je. Tiket kapalterbang dan kos-kos lain, ejen malaysia kena tanggung. Saya tanya ejen, berapa nak charge kat majikan? lepas dia congak punya congak, dia kata RM7500. Amboi!!!!!! Tapi harga tu tak berapa kisahlah.. yang paling sakit hati bila teringatkan attitude ejen kat sana, seolah-olah macam, kalau kau tak nak ramai lagi orang lain nak. Kalau cadangan ni dipersetujui kerajaan turun sikitlah graf kesombongan ejen-ejen di Indonesia sana kot.

Saya pernah tanya pada orang yang datang sebagai maid, rupa-rupanya kalau nak datang jadi maid, tak payah bayar apa-apa kat ejen, nak bertolak siap dapat elaun lagi. tapi kalau nak kerja kat kilang , kena bayar 7-10 juta rupiah. Kalau ikut konsep nilai penggunaan duit, 10 juta tu lebihkurang sama dengan RM10 ribu. Bersusah payah orang cari duit nak mengejarkan limpahan rezeki di Malaysia. Ada yang gadai tanah, ada yang berhutang. Kalau kerja tak sampai setahun dah kena balik, sempat ke mereka dapatkan balik modal. kalau dah sampai ketahap kena retrench tu, OT mestilah hampir zero ye tak? Jangan kata balik modal, rugi besar!

Kalau kita congak, orang yang datang kerja sebagai maid tu secara financial mungkin lebih untung. Makan dan tempat tinggal dah confirm free. Kebanyakan majikan pulak bila tengok maid tu rajin semacam je bila tempoh sambung visa sampai, mula lah cair, kos fomema, imigresen semua majikan tanggung. Bab kebebasan tu memanglah kurang... tapi orang kerja kilang pun bukannya jalan sangat. raya puasa, raya cina, deepavali, krismas, ikut majikanlah.. asal majikan satu family dapat baju baru, maid mesti dapat baju baru jugak.

Tapi kalau anda jadi majikan, sanggup tak nak ambil orang yang pernah kerja kilang, kerja kat rumah sendiri. Orang tu dah pandai naik bas tau. silap-silap hujung minggu dah biasa lepak kat KLCC.


- Rosnah-

Thursday, January 29, 2009

Antara kerja dan komitmen

Jumaat lepas saya dapat panggilan dari seorang pekerja, "Kak, terima kasih gaji saya tak kena potong". Dalam hati budak ni sindir aku ke? tapi bila tak ada angin tak ada ribut orang cakap macam tu curious juga, bila saya tanya " kenapa kau ucap terimakasih?". Jawapan dia sungguh mengharukan.
SAYA TERIMA KASIH SEBAB WALAU PUN TAK NAIK GAJI TAHUN NI TAPI GAJI SAYA MASIH MACAM TAHUN LEPAS. ISTERI SAYA DAH BERAPA BULAN GAJI KURANG 200 SEBAB KILANG SHUTDOWN!
Kita ni semua ada komitmen masing-masing, rumah, kereta, babysitter, yuran sekolah etc. Macam-macam nak kena bayar. Tiap-tiap bulan, lepas tolak kanan tolak kiri, mungkin ada baki sikit untuk kita simpan dan "joli katak" - ala tak joli mana pun belanja budak2 makan KFC je. Habis kalau kilang dah LAY OFF, SHUTDOWN, sementara masih ada Cuti Tahun ok lagi. Bila cuti tahun habis? BOLEHKAH KITA SETTLE SEMUA KOMITMEN DENGAN GAJI SETENGAH BULAN YANG KITA DAPAT?
Dalam situasi ini saya percaya sekiranya diberi pilihan, ramai yang akan memilih diberhentikan dan diberi pampasan. Wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk settle sebahagian besar komitmen, mungkin hutang besar contohnya kereta. Bila hutang kereta tak perlu dibayar, kita boleh adjust bajet keluarga, teruskan hidup walau pun dengan gaji yang kurang dari sebelumnya.
Sementara itu, kita cuma perlu berdoa minta Allah lapangkan dada dan fikiran, semoga kita ditunjukkan jalan rezeki dibumi Allah yang luas ini. Amin...
- Rosnah -

Thursday, January 22, 2009

Tombol pintu rosak pun kerja HR

Pagi tadi saya pergi membeli barangan untuk kantin di Saleng. Tiba-tiba dapat panggilan, ada orang terkunci dalam bilik di hostel. Kami bergegas ke hostel, sah.. 3 orang penghuni hostel terkunci dalam bilik. Nasib baik dalam bilik mereka ada toilet, kalau tidak... tak tahulah macamana nak buat.

Asst saya kata suruh budak maintenance datang buka pintu bilik. Hm.. susah jugak nak cerita.. semalam baru dapat payslip, masing-masing tengah angin tak ada increment. Dulu pernah ada kes macam ni, cuma dalam bilik tak ada orang je, ikut time diaorang, nak target lepas waktu kerja, nanti boleh claim OT. Tak boleh jadi ni.. kami cari kedai kunci yang terdekat, nasib baik orang tu sanggup datang.

Alamak duit dalam purse tinggal 20 je. Singgah kat petronas, meragam pulak ATM tu. Balik ke asrama tanya budak-budak tu siapa ada duit dulukan. , masing-masing belum keluarkan duit. (p/s: bulan ni gaji cepat sikit, bagi peluang orang cina shopping raya). Nasib baiklah siang-siang dah beritahu nama company, kebetulan driver kami selalu hantar duplicate kunci kat situ, kira boleh lebihkurang lah... orang kedai tu buat alasan resit terlupa bawa, dia suruh gi bayar kat kedai. Pergi ke shopping complex terdekat, keluarkan duit.. lapar sangat, makan dululah.. pergi balik ke kedai, bayar duit ganti tombol pintu then balik ke kilang.

Agaknya kerja macam ni HR kilang je yang buat kot. Bayangkan kejar sana sini kat luar tu bukan boleh claim duit makan kat luar. Kalau kat kilang RM3.50 cukup untuk lunch, siap air sekali, tapi kat luar..

Hari ni sakit telinga mendengar rungutan, sindiran dan desakan orang-orang yang tak puashati sebab gaji tak naik. Sabar kan ajelah.. Kat luar sana tu berapa ramai orang kena buang kerja, mereka pula boleh tak boleh sabar dengan dugaan kecil ni. Patutnya mereka bersyukur kerana masih ada gaji setiap bulan, tak kurang pun, cuma sama macam tahun lepas......

- Rosnah -

Tuesday, January 20, 2009

MSS, VSS or retrenchment?

Hello
Menteri dah kata banyak ramai orang akan terlibat dalam shutdown or lay-off sempena cuti Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin disebabkan oleh "sales down" atau tak ada sales langsung! No sales, production stop.

Lepas dah lay-off? kalau company tak boleh survive juga, maka tibalah masa untuk kurangkan pekerja. Istilah Retrenchment atau VSS mungkin biasa dengar? MSS belum begitu popular, tapi dalam senario ekonomi sekarang... bakal meraih populariti. Sebabnya seperti dibawah.

Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955. Yang penting kena ikut LIFO - Last in first out. Tapi memandangkan pihak kerajaan Malaysia mahu menjaga kepentingan rakyat Malaysia, FWFO kena jalankan dulu - Foreign Workers First Out. Kekurangannya orang muda/baru yang masih produktif dan celik teknologi terkini terpaksa dikeluarkan. Jadi majikan jadikan ia sebagai langkah terakhir.

VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak. Biasanya package untuk pampasan lebih sikit dari normal retrenchment. Yang ni pun ada kekurangannya, majikan target orang tua-tua yang "rabun" teknologi terkini. tapi biasanya orang muda yang terima tawaran. Mungkin peluang mereka lebih cerah untuk dapatkan pekerjaan baru. Para veteran masih tetap setia bersama syarikat.

MSS - Mutual Separation Scheme.
Orang-orang bertuah yang mendapat "lucky draw" akan ditawarkan dengan pakej pampasan. Biasanya lebih sikit dari VSS. Saya pernah tanya Pegawai JTK berapa pampasan yang boleh dibincangkan kalau berlaku MSS, jawapannya depends on your negotiation power. Kes macam ni selalunya digunakan untuk upper level personnel, manager ke, executive ke, sebab orang-orang ni gaji paling besar. Kalau dapat kurangkan orang yang bergaji besar, katalah sebulan company jimat 50 ribu, setahun bersamaan dengan 600 ribu, impak kosnya agak besar.

Kalau majikan dah offer MSS tu baik le ambil. Kalau tunggu lagi, pakej VSS dah kurang sikit pampasannya, tak jalan jugak Retrenchment - yang ni lagi sedih,kalau kerja lebih 5 tahun pun cuma dapat 20 hari bagi setiap tahun bekerja. Tapi kalau dah retrench pun tak ok jugak, mungkin sudah rezeki anda .... pekerjaan berkubur bersama syarikat....

-Rosnah-

Employees

Kkd kita rasa kita betul2 cukup tertekan dari yg atas & yg di bawah jgk..ee

Kat office saya ni dari 1minggu lepas posa tahun lepas ada 1pekerja accident & tendon kaki nya bermasalah, selepas berada di hospital specialist selama 3hari dia telah di discharge, tapi malangnya sampai sekarang masih tidak naik kerja jugak.. saya telah melawat dia berkali2 bersama dgn supervisor nya & kita telah pun berjanji akan memberi dia lite duty tp sampai skr batang hidung pun tak nampak, gaji tetap berjalan ni.. yg hairannya datang ambil beg annual dinner boleh pulak dia datang ke office

Selepas hal accident ni ada plk hal pekerja yg ter siram dgn minyak panas & tersambar dgn api yg hairan nya pada hari ke 10 di hospital dia meraung2 depan doc yg nak buat kan skin grafting operation ke atas nya.. (bayangkan lah kakak yg dah berumur 48tahun menagis, gitulah dia) dia berjanji selapas pulang ke KGnya di pantai timur M'sai dia akan dapatkan rawatan susulan di Hosp Kuban Kerian, tp malangnya sampai skr dia tidak muncul .. ni pun 1 gaji tetap berjalan

Yang lagi 1 ni lagi menghairan kan.. dia pengsan di kilang rupa2 nya dia sekeluarga mengidap darah tinggi & kencing manis yg amat teruk & keluarga nya tanya dgn saya sapa nak jaga dia di hospital kalu dia asyik di tahan di hospital??

Medical Leave yg layak kita terima dalam 1tahun:
14hari utk yg bekerja <2tahhun
18hari utk yg bekerja 2tahun <5tahun
22hari utk yg berkerja 5tahun

Budak2 bertiga ni ada setakad hingga mid Feb'09 baru Medical Leave nya di abiskan, jd rumusan saya, kalu tak naik juga hingga 1Jul'2009, perkhidmatan mereka akan di tamatkan.Berita ni akan di sampai kan kepada mereka bertiga pada mid Feb'2009.

Nasihat saya lah, bila kita bekerja ni hendaklah dgn sepenuh hati, jiwa & raga, kalu setakad ingat Co akan perhatin pada kita , jangan harap lah..
Fid--

Friday, January 16, 2009

Hello

Hello,

This blog is brought up to help out most on HR questions