Hello
Menteri dah kata banyak ramai orang akan terlibat dalam shutdown or lay-off sempena cuti Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin disebabkan oleh "sales down" atau tak ada sales langsung! No sales, production stop.
Lepas dah lay-off? kalau company tak boleh survive juga, maka tibalah masa untuk kurangkan pekerja. Istilah Retrenchment atau VSS mungkin biasa dengar? MSS belum begitu popular, tapi dalam senario ekonomi sekarang... bakal meraih populariti. Sebabnya seperti dibawah.
Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Akta Kerja 1955. Yang penting kena ikut LIFO - Last in first out. Tapi memandangkan pihak kerajaan Malaysia mahu menjaga kepentingan rakyat Malaysia, FWFO kena jalankan dulu - Foreign Workers First Out. Kekurangannya orang muda/baru yang masih produktif dan celik teknologi terkini terpaksa dikeluarkan. Jadi majikan jadikan ia sebagai langkah terakhir.
VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak. Biasanya package untuk pampasan lebih sikit dari normal retrenchment. Yang ni pun ada kekurangannya, majikan target orang tua-tua yang "rabun" teknologi terkini. tapi biasanya orang muda yang terima tawaran. Mungkin peluang mereka lebih cerah untuk dapatkan pekerjaan baru. Para veteran masih tetap setia bersama syarikat.
MSS - Mutual Separation Scheme.
Orang-orang bertuah yang mendapat "lucky draw" akan ditawarkan dengan pakej pampasan. Biasanya lebih sikit dari VSS. Saya pernah tanya Pegawai JTK berapa pampasan yang boleh dibincangkan kalau berlaku MSS, jawapannya depends on your negotiation power. Kes macam ni selalunya digunakan untuk upper level personnel, manager ke, executive ke, sebab orang-orang ni gaji paling besar. Kalau dapat kurangkan orang yang bergaji besar, katalah sebulan company jimat 50 ribu, setahun bersamaan dengan 600 ribu, impak kosnya agak besar.
Kalau majikan dah offer MSS tu baik le ambil. Kalau tunggu lagi, pakej VSS dah kurang sikit pampasannya, tak jalan jugak Retrenchment - yang ni lagi sedih,kalau kerja lebih 5 tahun pun cuma dapat 20 hari bagi setiap tahun bekerja. Tapi kalau dah retrench pun tak ok jugak, mungkin sudah rezeki anda .... pekerjaan berkubur bersama syarikat....
-Rosnah-
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum...
saya ada satu kemusykilan jika ada open VSS dan saya ingin ambil peluang itu adakah supervisor ada hak untuk tidak membenarkan saya ambil VSS tersebut...tolong bg pencerahan
Post a Comment