Thursday, January 22, 2009

Tombol pintu rosak pun kerja HR

Pagi tadi saya pergi membeli barangan untuk kantin di Saleng. Tiba-tiba dapat panggilan, ada orang terkunci dalam bilik di hostel. Kami bergegas ke hostel, sah.. 3 orang penghuni hostel terkunci dalam bilik. Nasib baik dalam bilik mereka ada toilet, kalau tidak... tak tahulah macamana nak buat.

Asst saya kata suruh budak maintenance datang buka pintu bilik. Hm.. susah jugak nak cerita.. semalam baru dapat payslip, masing-masing tengah angin tak ada increment. Dulu pernah ada kes macam ni, cuma dalam bilik tak ada orang je, ikut time diaorang, nak target lepas waktu kerja, nanti boleh claim OT. Tak boleh jadi ni.. kami cari kedai kunci yang terdekat, nasib baik orang tu sanggup datang.

Alamak duit dalam purse tinggal 20 je. Singgah kat petronas, meragam pulak ATM tu. Balik ke asrama tanya budak-budak tu siapa ada duit dulukan. , masing-masing belum keluarkan duit. (p/s: bulan ni gaji cepat sikit, bagi peluang orang cina shopping raya). Nasib baiklah siang-siang dah beritahu nama company, kebetulan driver kami selalu hantar duplicate kunci kat situ, kira boleh lebihkurang lah... orang kedai tu buat alasan resit terlupa bawa, dia suruh gi bayar kat kedai. Pergi ke shopping complex terdekat, keluarkan duit.. lapar sangat, makan dululah.. pergi balik ke kedai, bayar duit ganti tombol pintu then balik ke kilang.

Agaknya kerja macam ni HR kilang je yang buat kot. Bayangkan kejar sana sini kat luar tu bukan boleh claim duit makan kat luar. Kalau kat kilang RM3.50 cukup untuk lunch, siap air sekali, tapi kat luar..

Hari ni sakit telinga mendengar rungutan, sindiran dan desakan orang-orang yang tak puashati sebab gaji tak naik. Sabar kan ajelah.. Kat luar sana tu berapa ramai orang kena buang kerja, mereka pula boleh tak boleh sabar dengan dugaan kecil ni. Patutnya mereka bersyukur kerana masih ada gaji setiap bulan, tak kurang pun, cuma sama macam tahun lepas......

- Rosnah -

2 comments:

Atashi:- FID DESU said...

ah!! Ros

Biasa HR kilang semua kena buat, sampai lampu rumah jepun berkelip2 berbulan pun kita kena tukar kan?? dah lah tu belum lagi kes toilet tersumbat..

Wa kes NO INCREMENT ni nampak nya dah menular ke kilang Cik Ros plk ek.. saya dah dpt pekak kan telinga dari 1Jan'09 antaranya:
1) pkol 6pm sharp balik, kerja lebih pun bukannya naik gaji, bonus pun ciput
2) berhenti kerja karang..
3) buat aje mana yg mampu, gaji pun tak naik
4) request byak2 tp gaji tak naik
YA ALLAH kkdg2 yg berbunyi tu bukan plk operator tp MANAGER gila kan.. nak aje saya tempelak balik cuba lah cari kerja lain kalu berani!!! igt ada org nak ambil ke?? tp urut dada aje lah jadi nya..
Tp kan Ros ada ke keja kosong lagi kat luar tu?? nak jgk berhijrah..sejak 2 menjak ni daya ketahanan dah tak terlarat menanggung kat sini

himawari said...

HR kat tempat saya lak, asik la merungut kata byk keje, padahal dorang jaga HR untuk dept central admin je, HR dept lain2, admin dept tu sendiri kena jaga.. bygkan, untuk arrange interbiu pun, kitaorg kena buat sendiri, bukan HR yg akan call interviewee2 itu.. then kalau cuti, boleh lak dua2 org gi cuti, kalau sorang ada meeting, sorang lagi selamba je amik mc, tak pun EL.. so, langsung tak de org kat HR.. boleh gitu??

sungguh pelik, dulu masa kat epj, employee beratus, beribu tu, HR yg handle semua, berbeza sungguh kat tempat skrg, walaupun employee cuma seratus lebih (skrg dah makin lebih la, asik masuk budak baru je) tapi tak nampak sgt fungsi HR. bayangkan, kalau ada staff baru yg lapor diri hari tu, bukannnya HR nak brief dulu ke, then siap2 buat ID card baru pass kat dept ke, tapi staff tu kena gi sendiri ke dept tu, dgn tak de sapa2 yg hantar, cari sendiri boss dia & lepas tu jadi tanggungjawab dept tu la buatkan staff tu ID card ke, nak brief ke, apa ke.. even nak kira cuti pun, admin yg kena buat sendiri tau..

iskk.. kalau la den ni tak amanah kan (bukannya HR check pun), semua, dengan den2 sekali, den bagi je 30 hari cuti setahun..mcm gomen... hehehe..