Wednesday, February 25, 2009

Dasar DOUBLE STANDARD

Pagi tadi masuk ofis je nampak orang kumpul ramai-ramai kat pantry. Ingatkan ada orang bawa sarapan sedap, rupanya tengah kecoh tengok sinki kotor. Ada le manusia yang membuang nestum kat dalam sinki tapi tapis kat sinki tu lupa nak dialihkan, jadi berkumpul le nestum kat tapis tu.

Yang paling saya tak faham , siap ada notis "please do not clean the sink". Punyalah nak cari siapa punya angkara.. dah tu sibuk-sibuk suruh HR check kat CCTV. Malas saya nak layan manusia yang childish macam ni walau pun dah lebih umur pencen. Saya tadah air panas 2 cawan, tuang je kat dalam singki. Mencilau mata kawan tu tengok saya. "You don't believe me ah, I tell you, it will stuck you know" . Apa-apalah!

Bila dah kecoh2 adalah manusia yang mengaku. Ha.. anak buah dia sendiri. Senyap kejap kawan tu. Tak ada pun suruh keluar warning letter ke apa, dasar DOUBLE STANDARD.

-Rosnah-

1 comment:

Atashi:- FID DESU said...

Ah! Ros, yg ni pun mmg kerja HR, smlm pagi kakak cleaner merajuk sbb kena tengkin dgn Mgr Shipping "mop basah sgt" dr Isnin jd selasa & rabu dia tak dtg, jg smlm mak dara-Fid dah warning siang2 pantry kotor basuh, tong sampah kena angkat .. jd lah hari gotong royong HR smlm pg kejap.. ha3