Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi boleh menghubungi talian 03-8881 0200/0300 pada waktu pejabat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.my.
INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi
Tahap 1 Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Tahap 2 Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
Tahap 3 Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
Tahap 4 Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
Tahap 5 Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
Tahap 6 Fasa pandemik yang menunjukkan wabak akan menular ke seluruh dunia.
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment