Jumaat lepas saya dapat panggilan dari seorang pekerja, "Kak, terima kasih gaji saya tak kena potong". Dalam hati budak ni sindir aku ke? tapi bila tak ada angin tak ada ribut orang cakap macam tu curious juga, bila saya tanya " kenapa kau ucap terimakasih?". Jawapan dia sungguh mengharukan.
SAYA TERIMA KASIH SEBAB WALAU PUN TAK NAIK GAJI TAHUN NI TAPI GAJI SAYA MASIH MACAM TAHUN LEPAS. ISTERI SAYA DAH BERAPA BULAN GAJI KURANG 200 SEBAB KILANG SHUTDOWN!
Kita ni semua ada komitmen masing-masing, rumah, kereta, babysitter, yuran sekolah etc. Macam-macam nak kena bayar. Tiap-tiap bulan, lepas tolak kanan tolak kiri, mungkin ada baki sikit untuk kita simpan dan "joli katak" - ala tak joli mana pun belanja budak2 makan KFC je. Habis kalau kilang dah LAY OFF, SHUTDOWN, sementara masih ada Cuti Tahun ok lagi. Bila cuti tahun habis? BOLEHKAH KITA SETTLE SEMUA KOMITMEN DENGAN GAJI SETENGAH BULAN YANG KITA DAPAT?
Dalam situasi ini saya percaya sekiranya diberi pilihan, ramai yang akan memilih diberhentikan dan diberi pampasan. Wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk settle sebahagian besar komitmen, mungkin hutang besar contohnya kereta. Bila hutang kereta tak perlu dibayar, kita boleh adjust bajet keluarga, teruskan hidup walau pun dengan gaji yang kurang dari sebelumnya.
Sementara itu, kita cuma perlu berdoa minta Allah lapangkan dada dan fikiran, semoga kita ditunjukkan jalan rezeki dibumi Allah yang luas ini. Amin...
- Rosnah -
No comments:
Post a Comment