Salam semua
Dalam urusan buang atau kurangkan pekerja melalui retrenchment/MSS/VSS etc, satu perkara yang penting tapi selalu kita terlupa adalah menghantar borang CP22A kepada pihak LHDN.
Buat masa sekarang, tentunya ramai yang belum membuat e-filing untuk tahun 2008, ye lah tarikh tutup lambat lagi. Setakat semalam, kita kena siapkan e-filing tahun 2008 dan print pengesahan e-filing, lampirkan dengan Borang CP22A baru boleh proses.
kalau biasa2 tak kena potong PCB, rasanya ramai yang tak declare. Ada employee saya tu kena declare dari tahun 1995 sampai sekarang. Adoi.. mana nak cari EA zaman tok kaduk tu. Siapkan jelah EA bagi yang tak pernah declare tu ye. orang kat kaunter tu memang friendly, dia bagi borang BE untuk tahun yang kita belum declare.
Borang BE tahun2 lepas dah sedia je kat atas meja belakang kaunter, agaknya tentu ramai yang submit CP22A. Kena buang kerja ke? Masa saya pergi kesana semalam, waktu menunggu boleh tahan lama.!
-Rosnah-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment