pihak JTK telah berkali-kali war-warkan mengenai latihan diatas. Saya juga telah mencuba untuk memohon di website tapi nampaknya masih belum berjaya. Tiba-tiba minggu lepas kawan saya beritahu beliau akan menjalani latihan & telah rekomen nama saya kepada satu pusat latihan yang dilantik oleh Kem Pembangunan Sumber Manusia untuk tujuan diatas. Pihak pusat latihan juga telah menghubungi saya dan menjemput saya hadir ke pusat mereka untuk penerangan dan menyertakan dokumen yang diperlukan.
Saya telah pergi ke sebuah pusat latihan di Tmn Universiti, JB dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Quite interesting, kursus yang ditawarkan ada 2, Office Application ( 1 bulan) & Executive Development ( 2 bulan).
Office Application adalah latihan menggunakan Microsoft Office sehingga ke tahap advance. Matlamatnya adalah diakhir kursus, pelatih mampu membuat satu presentation yang canggih menggunakan applikasi yang diajar. Pemohon kursus ini adalah terdiri daripada pekerja lepasan SPM.
Executive Development pula mempunyai modul-modul yang agak banyak. Sepintas lalu, saya lihat ada Business management, HR management, marketing, project paper etc. Saya dimaklumkan bahawa diakhir kursus ini, setiap peserta akan mempunyai business profile yang lengkap untuk permohonan pinjaman di bank.
Awalnya pihak JTK meletakkan syarat umur maksima peserta adalah 45 tahun tetapi telah dilonggarkan. Ini bermakna peserta yang berumur lebih 45 tahun juga boleh memohon. Pihak pusat latihan juga akan cuba mendapatkan pekerjaan untuk peserta. Berita baik, peserta layak mendapat elaun. Saya lupa nak tanya elaun bagi peserta bujang, tetapi peserta yang telah berkahwin layak mendapat RM600 sebulan. Peserta yang mempunyai anak juga layak mendapat RM50 sebulan bagi setiap anak, dengan limit maksima RM200. jadi jumlah maksima layak dapat adalah RM800 sebulan. Sekiranya ponteng kelas 1-2, elaun akan dipotong. Sekiranya ponteng 3 kali, elaun untuk bulan tersebut dimansuhkan.
Untuk mendapat kemudahan diatas dan kelulusan dari pihak JTK, dokumen yang diperlukan adalah.
1) gambar paspot 1 keping
2) salinan kad pengenalan.
3) salinan buku akaun simpanan Public Bank.
4) salinan sijil perkahwinan.
5) salinan sijil kelahiran semua anak.- kad pengenalan tidak perlu.
6) salinan surat pemberhentian kerja.
cuma saya terfikir kenapa permohonan saya di website tidak mendapat respon, sebaliknya pihak pusat latihan yang mencari peserta?
- Rosnah-
No comments:
Post a Comment