Wednesday, February 25, 2009

Dasar DOUBLE STANDARD

Pagi tadi masuk ofis je nampak orang kumpul ramai-ramai kat pantry. Ingatkan ada orang bawa sarapan sedap, rupanya tengah kecoh tengok sinki kotor. Ada le manusia yang membuang nestum kat dalam sinki tapi tapis kat sinki tu lupa nak dialihkan, jadi berkumpul le nestum kat tapis tu.

Yang paling saya tak faham , siap ada notis "please do not clean the sink". Punyalah nak cari siapa punya angkara.. dah tu sibuk-sibuk suruh HR check kat CCTV. Malas saya nak layan manusia yang childish macam ni walau pun dah lebih umur pencen. Saya tadah air panas 2 cawan, tuang je kat dalam singki. Mencilau mata kawan tu tengok saya. "You don't believe me ah, I tell you, it will stuck you know" . Apa-apalah!

Bila dah kecoh2 adalah manusia yang mengaku. Ha.. anak buah dia sendiri. Senyap kejap kawan tu. Tak ada pun suruh keluar warning letter ke apa, dasar DOUBLE STANDARD.

-Rosnah-

Engineer

2hari lepas, saya dpt MC dr salah 1org budak saya yg telah tak dtg kerja 1migu katanya disebabkan keguguran. Tetapi MC tu mmg lah mengelirukan saya MC bertarikh 19Feb tp MC nya dari 16Feb???? setahu saya Doc tak akan/pernah memberi MC yg back date (menlanggar profesion mereka) jd nak tak nak dah lah kerja yg berlambak kerana nak buat proposal cost down kena lah saya turun ke clinic yg bukan clinic panel & bertanya dgn Doc tu sendiri..

Doc tu pun terperajat kenapa lah MC dia telah di engineer kan begitu sekali ..

Yg saya hairan, budak ni dah lah bekerja dlm Dept HR tp lain Sect dia di tugaskan ke Sect Gov. (buat report kastam & lain2 yg seumpamanya) kenapa dia berani buat:
1) engineer kan MC dia
2) tipu kata keguguran
3) sampai skr ni buat2 sakit dtg kerja pun berstokin&sweater

Cuba lah saudari & saudara pikir apa nak buat dgn budak mcm ni.. oleh kerana ni kes MENIPU jd DI terpaksa lah di buat.. dah lah kerja saya banyak ni tambah lagi beban (kalu silap teknik ada saya plk yg kena soal dgn MD & Dir)

Rasanya lah boleh tak ada engineer yg ciptakan topi yg bila kita interview org kita boleh tgk org ni perangai dia mcm ne?? bagus tak kerja nya??

---Fid--

Bila boss KELABU ASAP

HR ni kerjanya menyibuk dan menyimpan rahsia. Tapi somehow cerita yang supposed to be top secret boleh jadi public secret. Macamana tu? Boss tuding jari kat kita, only you and me know. Kalau bukan boss yang leak the info, kita la ye?

Tapi dah namanya boss, dia bukan buat kerja sendiri, delegate kat secretary. Secretary pulak berdebar2 dada simpan rahsia kerajaan, bisik kat kawan baik. semuanya dengan ayat.. aku cakap dengan kau aje, jangan beritahu orang lain. Yang bestnya kalau orang terdekat dengan secretary buat public announcement kat orang lain pasal top secret tu, bukan kat dalam company je, satu dunia boleh tau.

Dulu Ketua Pengarah Buruh tahun '90an pernah kata, HR stands for humane and resourceful. Saya setuju dengan pendapat beliau. Disebabkan oleh faktor resourceful lah akhirnya kita tahu angkara siapa... itu BOSS KELABU ASAP punya angkara!!!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

Income Tax

Semalam ramai lah HR2 yg pro & tak pro yg saya lihat di Taklimat LHDN di bangunan LHDN tingkat 14. Taklimat di beri kerana ada pertukaran dlm sys PCB (Potongan Cukai berjadual) & pengecualian bercukai ke atas beberapa allowance & sebagainya.. nanti lah ada kesempatan di upload kan senarai & had maxima 1tahun pengecualian nya..

Di sini nak lah saya ingatkan.. kepada semua warga pekerja "JANGAN LAH TAK BAYAR CUKAI" anda setiap tahun . Kerana mengikut salah seorg pegawai LHDN bila terakhir anda bekerja & di dapati anda tidak membayar CUKAI .. pihak LHDN tetap akan mencari anda & majikan wajib utk meng HOLD gaji terakhir anda bg pihak LHDN
Ada jgk cerita dimana pekerja ni di Retrench & duit pampasann beliau tidak mengcukupi untuk membayar tanggungan cukai beliau.,, huk2 parah yg ni..

Eh! tp Ros.. BEST NYA JD PENGIRA GAJI ORG KERAJAAN.. knp lah dulu2 bp saya suruh kerja kerjaan saya tak nak ... MENEYSAL PULOK ni.. kalu tak Ros rasanya kita berdua dah jd PENGARAH mana2 badan ni .. ha3 (JGN MARAH)

Hello Friends

Himawari- Thanks for all ur comments & glad that you like our blog.
This blog is created coz Pn Rosnah & myself want all the whole wide world out there, to know that the actual HR job is not easy & only person specialize in the HR are to work in HR, unlike now where u can see lots of others from diffrent profession are taking care of HR Dept. & they don'e even know how to read the EA (EMPLOYEMENT ACT) or IA (INDUSTRIAL ACT) nak cari section dlm buku act pun tak tahu nak cari no nya mcm mana nak di panggil HR Manager or Hrdrian??
Sometimes I wonder "Boss ni tak tau ke ada Dip or Deg dlm HR(Human Resources) jgn lah main hentam keromo aje suruh org yg tak tau langsung ttg HR, kerja dlm HR .. bila dah kena Compound baru nak cari org tolong.... eeee entah apa boss kita nak panggil ni Ros.. KELABU ASAP ke???...........ha3

Thursday, February 5, 2009

Commitment Kerja

Hem! Isnin lepas patutnya budak yg accident dr 8Sept'08 dah naik kerja, tp dia tak juga muncul. Kat pukul 2pm dia tele & conversation nya berbunyi mcm ni " Fid, saya dapat MC lagi sampai 22Feb'09 & lepas tu doc suruh dtg lagi check, mcm mana ek? " saya tanya akak sebenarnya dah sihat ke belum dah boleh jalan ke belum? dia kata " luka dah tak de, tp luka kat dalam tak de sapa yg bolh nampak & tau" eee geram nya dia ni,, mentang2 lah berbayar gaji, dia duduk rumah aje mana tak sedap nya, sebernarnya supervisor dia dah dtg melawat dia dgn saya & dia telah di beritahu bahawa pada Jan'09 dia akan di beri kerja ringan (lite duty) duduk atas kerusi aje.. sebenarnya kerja dia pun mmg duduk aje, dia "Checker" kat line jd 8jam duduk aje..tak de lah nak jln2 .. akhir nya saya cakap dgn di "Akak, kilang ni SM (Shingo Murakami) yg punya, jd akak pikir kalu akak yg punya, akak nak tak ada org yg MC /HOSPITALIZATION dari 8Sept'08 sampai sekarang ni tak naik2 kerja tp nama masih ada dlm employment??"& saya & supervisor akak dah ckap akak akan di beri lite duty tp akak masih tak naik kerja & yg menghairan kan dia bolh plk tu tiap2 hari jln2 ke kilang utk jumpa rakan2 sekerja dia & bolh plk naik motor utk ambil door gift annual dinner.. hem.
Last sekali dia tele saya balik ptg tu & kata dia akn naik kerja pada 16Feb ... eeee manusia ni.. apa pendapat kengkawan2