Thursday, April 30, 2009

SWINE FLU (SELSEMA BABI)

Update dari Berita Harian Online hari ini, WHO telah meningkatkan amaran ke tahap lima, iaitu mengancam nyawa & merebak.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090430053347/Article/index_html

WHO tingkatkan tahap amaran selesema babi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan amaran wabak selesema babi ke tahap lima iaitu sebagai virus yang mengancam nyawa dan merebak selepas mangsa pertama di luar Mexico maut semalam, membabitkan warga Amerika di Texas. "Pandemik influenza ini perlu dianggap sebagai serius kerana kapasiti ia merebak kini amat pantas hampir ke setiap negara di dunia," kata Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan dalam satu persidangan media di sini hari ini. "Persoalan utama di sini ialah berapa besar kesan pandemik selesema babi ini, terutama ketika di peringkat permulaan sekarang," katanya sambil menambah dunia mesti bersiap sedia bagi menghadapi serangan pandemik ini.
Selepas seminggu serangan virus H1N1 atau selesema burung dengan California dan Texas didapati kawasan pertama dikesan di luar tempat serangan asal virus di Mexico, dengan Sepanyol pula negara Eropah pertama dikesan, kini bahaya virus ini sudah merebak menerusi manusia ke manusia. Ini kerana mangsa yang disahkan dijangkiti selesema babi bukannya lagi pernah melawat Mexico dalam masa terdekat ini. Chan berkata, mulai hari ini, WHO meningkatkan tahap amarannya kepada lima, amaran kali kedua selepas Selasa lalu yang ditingkatkan kepada empat.
Tahap amaran baru itu adalah sebagai petunjuk kepada kerajaan dan perniagaan untuk mengambil langkah susulan dengan syarikat farmaseutikal perlu mengeluarkan dan meningkatkan antiviral. Sehingga kini, jumlah mangsa yang maut akibat selesema babi meningkat kepada 159 dengan lebih 1,300 lagi disahkan sebagai penghidap. - Reuters

No comments: