Tuesday, April 28, 2009

SELSEMA DATANG LAGI...

Salam
Sepanjang pengalaman saya bekerja di HR, banyak kes-kes wabak penyakit timbul, tetapi yang paling memberi impak setakat ini adalah JE (Japanese encephalitis), kalau tak silap dalam akhir 90'an. Kemudian, pada tahun 2003 sekali lagi kita dikejutkan dengan SARS. Kali ini dunia sibuk dengan Swine flu atau Selsema Babi.
Dengan kecangihan teknologi, ada internet, di JB boleh tonton Channel News Asia dsb, boss-boss kita lebih peka dengan kesan daripada wabak ini. Maka HR practiotiner terpaksa berhadapan dengan asakan-asakan mengenai POLISI SYARIKAT dalam menangani kes-kes sebegini.
Antara soalan-soalan yang bakal ditanya:
1) Adakah pekerja yang diserang demam selsema boleh dibenarkan masuk ke tempat kerja atau tidak?
2) Mana polisi bertulis
3) Travel advise.
4) Mana memo pasal simptom penyakit.
4) Kalau kena selsema boleh kerja dari rumah atau tidak.
dan macam-macam lagi yang tak terfikir oleh kita.
Dalam menghadapi situasi sebegini, kita tak perlu panik. FMM dan MEF sebagai Persekutuan Majikan akan bekerja untuk kita. Makluman dari FMM & MEF boleh digunakan sebagai garispanduan untuk kita draf polisi syarikat.
Cuma boss-boss kita mungkin mahu mengambil langkah yang lebih kehadapan, sewaktu kes SARS banyak majikan mengambil langkah sebegini:
1) Pengambilan suhu badan di pintu masuk syarikat, untuk mempercepatkan proses, ada syarikat yang membeli dan "menghadiahkan" thermometer jenis plastic yang diletakkan di dahi. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, jenis thermometer elektronik yang dibaca suhu melalui telinga.(jenis ini harganya mahal).
2) Mengurangkan kemasukan bukan pekerja kedalam bangunan pejabat. Ada syarikat yang menggunakan pondok pengawal sebagai tempat mesyuarat dengan orang luar buat sementara waktu.
3) Declaration form di pondok pengawal - pelawat perlu mengisi borang declaration.
4) Menjemput doktor panel bagi memberi ceramah & kesedaran mengenai wabak penyakit kepada pekerja.
banyak lagi langkah-langkah yang boleh diambil. Cuma perlu diingatkan, pesakit adalah manusia biasa. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesan wabak sehingga membuatkan pekerja syarikat yang terkena selsema seperti pesakit kusta!
- Rosnah -

No comments: