Wednesday, March 24, 2010

Hak Hak Sebagai Pekerja

Sebagai seorg pekerja di M'sia ni anda semua di protect under Labor Law, dari itu jika terdapat apa2 pemberhentian secara tidak adil hendak lah anda terus ke pejabat Jbt Tenaga Kerja yg berdekatan dgn anda.

Anda juga harus ketahui bahawa sebagai pekerja anda tidak boleh di behentikan sewenangnya, segala pemberhentian harus lah di ada kan in-quest (Domestic Inquiry)= Siasatan Dalam yg tulus & tidak berat sebelah. Jika benar kesalahan yg di sabitkan keatas anda baru lah pemberhentian itu adil & anda juga harus menerima pampasan.

(lain kali saya akan ceritakan tentang cara2 DI)
--nafida

Wednesday, June 24, 2009

Latihan untuk pekerja diberhentikan.

pihak JTK telah berkali-kali war-warkan mengenai latihan diatas. Saya juga telah mencuba untuk memohon di website tapi nampaknya masih belum berjaya. Tiba-tiba minggu lepas kawan saya beritahu beliau akan menjalani latihan & telah rekomen nama saya kepada satu pusat latihan yang dilantik oleh Kem Pembangunan Sumber Manusia untuk tujuan diatas. Pihak pusat latihan juga telah menghubungi saya dan menjemput saya hadir ke pusat mereka untuk penerangan dan menyertakan dokumen yang diperlukan.
Saya telah pergi ke sebuah pusat latihan di Tmn Universiti, JB dan mendapatkan maklumat lebih lanjut. Quite interesting, kursus yang ditawarkan ada 2, Office Application ( 1 bulan) & Executive Development ( 2 bulan).
Office Application adalah latihan menggunakan Microsoft Office sehingga ke tahap advance. Matlamatnya adalah diakhir kursus, pelatih mampu membuat satu presentation yang canggih menggunakan applikasi yang diajar. Pemohon kursus ini adalah terdiri daripada pekerja lepasan SPM.
Executive Development pula mempunyai modul-modul yang agak banyak. Sepintas lalu, saya lihat ada Business management, HR management, marketing, project paper etc. Saya dimaklumkan bahawa diakhir kursus ini, setiap peserta akan mempunyai business profile yang lengkap untuk permohonan pinjaman di bank.
Awalnya pihak JTK meletakkan syarat umur maksima peserta adalah 45 tahun tetapi telah dilonggarkan. Ini bermakna peserta yang berumur lebih 45 tahun juga boleh memohon. Pihak pusat latihan juga akan cuba mendapatkan pekerjaan untuk peserta. Berita baik, peserta layak mendapat elaun. Saya lupa nak tanya elaun bagi peserta bujang, tetapi peserta yang telah berkahwin layak mendapat RM600 sebulan. Peserta yang mempunyai anak juga layak mendapat RM50 sebulan bagi setiap anak, dengan limit maksima RM200. jadi jumlah maksima layak dapat adalah RM800 sebulan. Sekiranya ponteng kelas 1-2, elaun akan dipotong. Sekiranya ponteng 3 kali, elaun untuk bulan tersebut dimansuhkan.
Untuk mendapat kemudahan diatas dan kelulusan dari pihak JTK, dokumen yang diperlukan adalah.
1) gambar paspot 1 keping
2) salinan kad pengenalan.
3) salinan buku akaun simpanan Public Bank.
4) salinan sijil perkahwinan.
5) salinan sijil kelahiran semua anak.- kad pengenalan tidak perlu.
6) salinan surat pemberhentian kerja.
cuma saya terfikir kenapa permohonan saya di website tidak mendapat respon, sebaliknya pihak pusat latihan yang mencari peserta?
- Rosnah-

Thursday, May 28, 2009

Chatt box

Coming soon we will put up a chatt box, so that all of you can chatt with either 1 of us

Retrenchment

How am I to retrenchment but with out informing all the staffs that need to be retrench?? mind blogging kan..

1) pergi to JTK submit form
2) buat kira2 base on the highest earn salary of a month & then calculate the RT benefit + the notice period to be given to the staff by tabulating the right amount of notice period
3) hantar ke LHDN utk pengesahan ada tax terhutang tak??
4) beri lah duit tu pada staffs
5) pray that nothing else happen..

Just life of HR personnel .... FID...
p/s kalau tak betul2 boleh jd gila ooo

Monday, May 4, 2009

Swine flu = H1N1 = Influenza A

WHO dah keluarkan arahan supaya jangan guna perkataan SWINE FLU lagi, kena guna H1N1 atau Influenza A. Katanya tak mahu mengelirukan orang.

Thursday, April 30, 2009

Info Swine Flu - Tahap Amaran WHO

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi boleh menghubungi talian 03-8881 0200/0300 pada waktu pejabat atau melayari laman web Kementerian Kesihatan: www.moh.gov.my.


INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

Tahap 1 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Tahap 2 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
Tahap 3 – Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
Tahap 4 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
Tahap 5 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia ke manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
Tahap 6 – Fasa pandemik yang menunjukkan wabak akan menular ke seluruh dunia.

Swine Flu@ Selsema Babi(khinzir)

As of today WHO have put the alert under rank 5. Here is what my current Co is practicing :
1) Alert all employees that they have to wash their hand, esp b4 leaving the toilet & to be in good hygiene at all time
2) Soap in the toilet have to be replenish at all time
3) Liquid disinfectant available & must be use by employees once they leave the toilet area.
4) Spray of disinfected at main area & esp at all main&toilet door knob
5) Make face mask available & those who are sick but not issue with MC to wear it at all time
Lets hope epidemic will end as soon as possible & no one will be effected by it in Malaysia

Langkah pencegahan selsema babi

Lagi berita di petik dari Berita Harian Online
4 langkah cegah risiko jangkitan selesema babi
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norliza Wasilanbhnews@bharian.com.my

Rakyat Malaysia bakal ke luar negara disaran patuhi panduan KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggariskan empat langkah pencegahan sebagai panduan untuk diambil rakyat Malaysia yang bakal ke luar negara, balik dari luar negara atau sedang berada di luar negara, bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak selesema babi yang sudah menular daripada manusia ke manusia. Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kementerian menasihati mereka mengambil langkah pencegahan itu susulan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4. Empat langkah pencegahan itu ialah:

* Merancang dan mengambil langkah pencegahan kendiri dalam mengelakkan hubungan dengan mereka yang diketahui atau disyaki pembawa virus selesema babi atau kawasan, mahu pun negara dilanda wabak itu, ketika di luar negara.

* Memberi perhatian serius serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang mereka sedang berada, dan melaporkan kes atau kes yang disyaki dalam usaha untuk memantau keadaan dan juga memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

* Rakyat Malaysia juga dinasihati mengambil inisiatif membentuk kesedaran diri mengenai wabak selesema babi.

* Sentiasa mengikuti perkembanga
n terkini mengenai wabak selesema babi.
Menurut kenyataan itu lagi, semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sudah diarahkan untuk menasihati rakyat Malaysia di sana supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lokasi masing-masing. Selain itu, kementerian sudah mengarahkan semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara untuk melakukan pemantauan berterusan serta mengemas kini Wisma Putra dengan maklumat mutakhir mengenai perkara berkenaan. "Seramai 60 rakyat Malaysia berdaftar tinggal di Mexico, negara yang dikesan tercetusnya selesema babi dan lima lagi di negara Amerika Tengah, kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada wabak berkenaan," katanya.
Katanya, kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau serta mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia. "Sehingga 28 April (kelmarin), tiada kes selesema babi dilaporkan di Malaysia dan tiada laporan rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu. "Kementerian akan terus mengeluarkan kenyataan media dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak itu. Orang ramai dinasihati melaporkan kepada Bahagian Konsular, Kementerian Luar, di talian 03-8887 4000 sekiranya mereka mengetahui atau dimaklumkan sebarang kes (membabitkan rakyat Malaysia) oleh kawan, saudara mara atau rakan sekerja yang berada di luar negara," katanya.

SWINE FLU (SELSEMA BABI)

Update dari Berita Harian Online hari ini, WHO telah meningkatkan amaran ke tahap lima, iaitu mengancam nyawa & merebak.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090430053347/Article/index_html

WHO tingkatkan tahap amaran selesema babi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan amaran wabak selesema babi ke tahap lima iaitu sebagai virus yang mengancam nyawa dan merebak selepas mangsa pertama di luar Mexico maut semalam, membabitkan warga Amerika di Texas. "Pandemik influenza ini perlu dianggap sebagai serius kerana kapasiti ia merebak kini amat pantas hampir ke setiap negara di dunia," kata Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan dalam satu persidangan media di sini hari ini. "Persoalan utama di sini ialah berapa besar kesan pandemik selesema babi ini, terutama ketika di peringkat permulaan sekarang," katanya sambil menambah dunia mesti bersiap sedia bagi menghadapi serangan pandemik ini.
Selepas seminggu serangan virus H1N1 atau selesema burung dengan California dan Texas didapati kawasan pertama dikesan di luar tempat serangan asal virus di Mexico, dengan Sepanyol pula negara Eropah pertama dikesan, kini bahaya virus ini sudah merebak menerusi manusia ke manusia. Ini kerana mangsa yang disahkan dijangkiti selesema babi bukannya lagi pernah melawat Mexico dalam masa terdekat ini. Chan berkata, mulai hari ini, WHO meningkatkan tahap amarannya kepada lima, amaran kali kedua selepas Selasa lalu yang ditingkatkan kepada empat.
Tahap amaran baru itu adalah sebagai petunjuk kepada kerajaan dan perniagaan untuk mengambil langkah susulan dengan syarikat farmaseutikal perlu mengeluarkan dan meningkatkan antiviral. Sehingga kini, jumlah mangsa yang maut akibat selesema babi meningkat kepada 159 dengan lebih 1,300 lagi disahkan sebagai penghidap. - Reuters

Wednesday, April 29, 2009

During Interview

Please remember should you have the opportunity to be interview please remember these items:
1) Do not be late, be at the place at lease 10min earlier
2) Bring Original Certs
3) Copy of the original Certs
4) Copy of Resume
5) Dress appropriately (jgn lah dgn T'shirt or baju yg terselondeh2) if possible wear a tie
6) Wear shoes
7) Think carefully & if possible listen to the questions first before you answer to it, in other word (JGN GOPOH nak jawab soalan oo)
Ah! lagi 1 kalau dah awak tu lelaki jadi lah fitrah lelaki jgn lah show off anting2 sampai berderet sekeliling cuping telinga & pkai nail polish warna hitam. Bagi yg perempuan plk serlahkan lah fitrah anda sebagai wanita..
--Fid--

Tuesday, April 28, 2009

SELSEMA DATANG LAGI...

Salam
Sepanjang pengalaman saya bekerja di HR, banyak kes-kes wabak penyakit timbul, tetapi yang paling memberi impak setakat ini adalah JE (Japanese encephalitis), kalau tak silap dalam akhir 90'an. Kemudian, pada tahun 2003 sekali lagi kita dikejutkan dengan SARS. Kali ini dunia sibuk dengan Swine flu atau Selsema Babi.
Dengan kecangihan teknologi, ada internet, di JB boleh tonton Channel News Asia dsb, boss-boss kita lebih peka dengan kesan daripada wabak ini. Maka HR practiotiner terpaksa berhadapan dengan asakan-asakan mengenai POLISI SYARIKAT dalam menangani kes-kes sebegini.
Antara soalan-soalan yang bakal ditanya:
1) Adakah pekerja yang diserang demam selsema boleh dibenarkan masuk ke tempat kerja atau tidak?
2) Mana polisi bertulis
3) Travel advise.
4) Mana memo pasal simptom penyakit.
4) Kalau kena selsema boleh kerja dari rumah atau tidak.
dan macam-macam lagi yang tak terfikir oleh kita.
Dalam menghadapi situasi sebegini, kita tak perlu panik. FMM dan MEF sebagai Persekutuan Majikan akan bekerja untuk kita. Makluman dari FMM & MEF boleh digunakan sebagai garispanduan untuk kita draf polisi syarikat.
Cuma boss-boss kita mungkin mahu mengambil langkah yang lebih kehadapan, sewaktu kes SARS banyak majikan mengambil langkah sebegini:
1) Pengambilan suhu badan di pintu masuk syarikat, untuk mempercepatkan proses, ada syarikat yang membeli dan "menghadiahkan" thermometer jenis plastic yang diletakkan di dahi. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, jenis thermometer elektronik yang dibaca suhu melalui telinga.(jenis ini harganya mahal).
2) Mengurangkan kemasukan bukan pekerja kedalam bangunan pejabat. Ada syarikat yang menggunakan pondok pengawal sebagai tempat mesyuarat dengan orang luar buat sementara waktu.
3) Declaration form di pondok pengawal - pelawat perlu mengisi borang declaration.
4) Menjemput doktor panel bagi memberi ceramah & kesedaran mengenai wabak penyakit kepada pekerja.
banyak lagi langkah-langkah yang boleh diambil. Cuma perlu diingatkan, pesakit adalah manusia biasa. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan kesan wabak sehingga membuatkan pekerja syarikat yang terkena selsema seperti pesakit kusta!
- Rosnah -